Tip pemakanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:

  • Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
  • Stress dan tekanan perasaan
  • Pengambilan protein yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Antara tips dan pemakanan yang boleh diamalkan oleh pesakit gout adalah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak.

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat).

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.

8. Buah Delima.

9. Epal hijau 2 biji seminggu.

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati.

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.

12. Garam kasar menggantikan garam halus.

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tub mandi) atau Spa.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.

15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA.

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.



Anda juga boleh mengamalkan saranan suplemen Shaklee untuk pesakit Gout iaitu

  • ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
  • PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detix di atas.
  • FIBER PLAN UNFLAVOURED – mengandungi vitamin, mineral dan fiber yang berfungsi untuk menyerap lebihan gula dan lemak dari badan dan menyingkirkannya melalui proses perkumuhan.
  • OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.



  • Hubungi saya untuk suplemen Shaklee pada harga diskaun ya



    No comments:

    Post a Comment