Shaklee, Kehamilan dan Saya (Part 1)

Ok. Sepanjang saya bercerita tentang produk Shaklee, saya belum lagi berkongsi tentang produk dan kesan produk Shaklee kepada saya. 

Sebagai wanita, saya sukakan kecantikkan. Saya suka kelihatan cantik dan menarik. Semua tu penting untuk menaikkan keyakinan diri saya sendiri. Ketika hamil anak pertama hinggalah yang ketiga, saya tidak mengambil apa-apa suplemen tambahan. Hasilnya, saya kerap ditahan di wad disebabkan tekanan darah tinggi la, rendah sangat la tambahan pula saya menghidap penyakit Hyperthyroidism. Jadi segala ketidakstabilan yang berlaku akan mengakibatkan saya ditahan di wad. 

Sehinggalah saya mengandungkan anak yang keempat ini. Kehamilan kali ini agak rapat dengan yang ketiga, Insyallah jarak usia mereka hanya 11 bulan. Beza tahun je. Saya agak tertekan. Dah la yang no. 3 ni masih BF, mengandung lagi. Rasa macam sistem dalam badan belum pulih sepenuhnya. Saya tak rasa enjoy dengan kehamilan kali ni. Depression semasa hamil. Itu yang boleh saya katakan.

Pada awalnya, saya menyertai keluarga Shaklee adalah untuk menambah pendapatan. Namun begitu apabila Ramadan makin hampir, saya mula mencari suplemen apa yang sesuai untuk saya yang hamil 25 minggu, menyusukan anak, mengalami depresi kehamilan & supaya kelihatan cantik semasa hamil.

Bersambung....


No comments:

Post a Comment