Assalamualaikum w.b.t
Semasa
kecil, kita pasti diajar oleh mak, mama, ummi dan ibu kita makan
menggunakan tangan, dan jarang sekali mak, mama, ummi atau ibu kita
mengajar kita makan menggunakan sudu dan garfu. Apabila makan pastikan
makanan tidak bersepah ke luar daripada pinggan. Sesudah sahaja makan,
jilat jari dan jangan tinggalkan sisa makanan. Insya allah keberkatan
Allah s.w.t bersama kita ketika menikmati juadah.
Tatatertib
dalam menjamu makanan amat penting kerana amalan sunnah ini memberi
kesan yang terbaik kepada sistem penghadaman kita sekaligus makanan yang
dimakan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan.
Kenapa kita
digalakkan menggunakan tangan ketika makan? Apa sebabnya? Mari kita
ungkap satu persatu hikmah menggunakan tangan ini. Mengikut
sunnah Rasulullah s.a.w sebelum makan, baginda akan mengambil sedikit
gram menggunakan jari kecil lalu menghisap garam tersebut, kemudian
barulah baginda mula menikmati makanan yang terhidang.
Kedua-dua
belah tangan kita ada mengeluarkan enzim, dan enzim yang ada di tangan
kanan kitalah yang dapat menolong proses penghadaman kita. Garam pula
adalah sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan. Dua
cubit garam dari jari adalah sama dengan satu liter air mineral. Oleh
kerana asal kejadian manusia ini berasal daripada tanah, lumrahnya bahan
yang asal daripada bumi inilah yang paling berkhasiat untuk manusia.
Selain itu,
garam juga adalah penawar paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor
perubatan di hospital, rawatan terawal adalah dengan memberi Sodium
Chloride iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir dan
makhluk-makhluk halus yang mengganggu manusia.
Selain itu
adalah sunnah kita membaca Basmallah sebelum makan bagi mengelakkan
penyakit. Ini kerana bakteria dan racun telah membuat perjanjian dengan
Allah s.w.t, apabila dibaca maka bakteria dan racun akan musnah daripada
sumber makanan itu dan tidak mengganggu sistem tubuh badan kita. Insya
Allah.
No comments:
Post a Comment