HERB-LAX Kembali!


HERB-LAX dah kembali di pasaran. Kali ni formulasi baru. GLUTEN Free!

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 


  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Mari kita baca testimoni di bawah


"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam..."
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"



Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.



Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri dengan Shaklee

Cahaya mata ada anugerah yang tinggi nilainya. Namun begitu bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, ia merupakan dugaan yang hebat dalam hidup mereka. Namun Allah Maha Mengetahui. Sebagai hambaNya kita haruslah redha tapi dalam masa yang sama juga kita kena berusaha

Antara sebab kenapa pasangan lambat mendapat cahaya mata adalah kitaran haid isteri yang tidak teratur, Haid yang tidak teratur merupakan petanda terdapat masalah kesuburan pada ovari. Selain itu, sperma suami yang lemah juga menyebabkan persenyawaan gagal berlaku.

Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar yang boleh diguna untuk pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.




Set Kesuburan Wanita

GLA COMLEX

Mengembalikan keseimbangan hormon wanita
Melancarkan haid
Membentuk persekitaran rahim yang sihat bagi memanjangkan jangka hayat sperma dan meningkatkan lagi peluang untuk persenyawaan

ESP

Membantu membentuk tisu rahim yang sihat
Membantu membentuk sel ovum yang sihat dan sempurna

Set Kesuburan Lelaki

Zinc Complex

Mengembalikan keseimbangan hormon lelaki
Membantu membentuk sel sperma yang sihat

Vitamin E

Mengembalikan keseimbangan hormon lelaki
Dilengkapi dengan selenium di mana ianya penting untuk sel sperma terbentuk dan berfungsi dengan sempurna

Vitamin C

Mengelakkan masalah sel sperma bergumpal yang akan menghalang ia bersenyawa
Bagi perokok, anda memerlukan Vitamin C untuk pembinaan dan pemulihan sel-sel badan

Beberapa testimonial pelanggan menggunakan Set Kesuburan


Kredit Google


kredit Google

Memang benar anak itu rezeki Allah SWT namun tidak salah sekiranya kita berusaha dari segi mentl dan fizikal untuk memperbaikki sistem dalam badan dan meningkatkan tahap kesuburan suami isteri. Di samping itu hendaklah sentiasa berdoa memohon dikurniakan zuriat dan bertawakkal kepada kekuasaan dan rezeki yang sudah tertulis untuk setiap makhluk ciptaanNya.


PM | SMS | WA 019 288 7041 untuk konsultasi percuma dan harga istimewa



Jom Nyah Toksin di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan dah semakin hampir.
Memang sinonim ketika puasa dengan adegan lemah, lembik sampai melepek..
Masih ada terang-terangan kata tak boleh puasa sebab gastrik..
Ada juga ibu-ibu menyusu yang risau, mampukah bertahan dengan baik sepanjang Ramadhan?
Yang mengandung pula, risau mampukah menguatkan diri sehingga waktu berbuka.
Dan macam-macam jenis alasan lagilah..

Bulan yang mulia ini, jangan di biarkan berlalu tanpa meningkatkan nilai rohani dan jasmani anda. Rugi... Rugi sangat-sangat tau..

Jadi ambil peluang untuk berpuasa dengan baik dan dalam masa yang sama anda bertenaga, cergas dan mampu menyusukan bayi dengan baik (bagi yang berkenaan).

Harga boleh di runding, beberapa option boleh diberikan melalui senarai supplement yang di berikan. Yang PENTING, ANDA BERTANYA.

Usah MOMOKkan diri anda dengan KETAKUTAN YANG TIDAK PASTI. Meh PM dan tanya saya. Saya cuba sesuaikan dengan KEPERLUAN dan BUDGET anda. Saya juga boleh dihubungi dengan SMS | WA : +6019-2887041




Slim Dengan Shaklee

Secara asasnya untuk menurunkan inci badan kita perlukan 3 langkah iaitu

1 - DETOX - membersihkan usus dari segala lemak, lendir dan toksin yang ada melalui pembuangan air besar. HERB-LAX berfungsi sebagai pembersih najis tersekat serta  merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama, membantu masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management). Ia mampu mengempiskan perut dan membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai  minuman teh herba Selepas dinding usus bersih, barulah badan boleh menyerap segala nutrien pada tahap optimum.

2 - BURN - membakar lemak. Di sinilah fungsi LECITHIN untuk memecahkan lemak. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ianya untuk memproses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Lecithin mampu memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol. Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Juga membantu mengawal paras triglycerides, mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah dan juga Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

3- BUILD - Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, merangsang perkembangan otot dan kulit, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. ESP juga boleh membekal tenaga yang berpanjangan.


Bagi mereka yang menyusukan anak, HERB-LAX boleh digantikan dengan ALFALFA Complex yang berfungsi sebagai mencuci hati, darah dan usus di mana ia adalah bersifat alkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Melawan alahan  dengan perbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut dengan perbaiki masalah penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit. Menyingkirkan lemak dan kolestrol, melawan tumor, melegakan keputihan, mencegah/merawat athritis dan yan paling penting ianya bertindak sebagai MILK BOOSTER bagi ibu menyusu


Dapatkan produk-produk Shaklee pada harga menarik. PM | SMS | WhatsApp 019 288 7041 untuk info lanjut


Set-set Shaklee Paling Popular. Paling Laris.

Saya senaraikan beberapa produk Shaklee dalam bentuk set yang laris di pasaran. 

1- Mealshakes + B-complex + Vita-Lea Iron Formula
( Sesuai utk yang nak meningkatkan berat badan )

2- Mealshakes + ESP + Performance Drink.
( Utk kekal bertenaga sepanjang hari. Sesuai utk yang berpuasa )

3- Mealshakes + Chew Vita C + OmegaGuard
( Baik untuk anak-anak yang ada asma dan susah makan )

4- ESP + Vita E Complex
( Untuk kulit bebas cela / parut )

5- ESP + Alfalfa Complex.
( Milk booster buat ibu2 yang bf baby. Juga memberi tenaga untuk ibu yang sedang menyusu)

6 - ESP + Lecithin + Alfalfa Complex.
( Bagi menurunkan inci di badan)

Pilih mana-mana satu pilihan anda dan PM | SMS | WhatsApp ke +6019-2887041 untuk sebut harga yang istimewa.

Dapatkannya sebelum terlambat.


Oh ya. Sehingga 30 Jun 2013 ni Mealshake ada promotion Beli 6 Percuma 1. Jadi kalau anda nak beli 6 canister terus pun boleh. Nak beli 1 canister pun boleh. Saya bagi harga promo + diskaun . Harga adik-beradik.





Tip pemakanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:

  • Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
  • Stress dan tekanan perasaan
  • Pengambilan protein yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Antara tips dan pemakanan yang boleh diamalkan oleh pesakit gout adalah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak.

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat).

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.

8. Buah Delima.

9. Epal hijau 2 biji seminggu.

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati.

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.

12. Garam kasar menggantikan garam halus.

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tub mandi) atau Spa.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.

15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA.

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.



Anda juga boleh mengamalkan saranan suplemen Shaklee untuk pesakit Gout iaitu

  • ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
  • PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detix di atas.
  • FIBER PLAN UNFLAVOURED – mengandungi vitamin, mineral dan fiber yang berfungsi untuk menyerap lebihan gula dan lemak dari badan dan menyingkirkannya melalui proses perkumuhan.
  • OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.



  • Hubungi saya untuk suplemen Shaklee pada harga diskaun ya



    Persediaan Berpuasa Untuk Ibu Menyusu

    Bulan Ramadhan bakal muncul tak lama lagi jadi bagi ibu yang menyusukan pastinya sedang sibuk bersedia dengan stok susu untuk digunakan sebagai ‘back-up’ untuk menghadapi kemeruduman yang mungkin terjadi di bulan puasa nanti. Walaupun ibu menyusu diberi kemudahan iaitu rukhsah untuk berbuka (dengan syarat2 tertentu) tetapi tidak salah untuk membuat persediaan untuk berpuasa penuh. Alhamdulillah tahun lepas saya dapat berpuasa penuh sebulan sebab mengandungkan anak ketiga. Insya Allah tahun ni pun dapat juga sebab hamil anak yang keempat pula. 

    Memang cabaran banyak la tahun ni sebab hamil & masih BF si kecil ni. Harus lah ada suplemen. Kalau boleh nak la dapat puasa sebulan tu kan. Bukan selalu dapat tau :P

    Di sini saya mencadangkan produk Shaklee yang sesuai untuk para ibu pada bulan puasa nanti.




    Vitalea, B Complex, Vita-C, Alfalfa dan Energizing Soy Protein boleh diambil sekarang untuk menyediakan stok EBM bagi bulan puasa. 



    Performance drink pula sesuai diambil semasa bulan puasa dan pada hari-hari yang panas, atau ketika ibu kurang sihat.




    10 Soalan Popular Untk ESP

    Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee?
    Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.
    Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!
    Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.

    1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
    2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
    3. Berapa harga satu canister ESP?
    4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
    5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
    6. Apa rasa ESP sebenarnya?
    7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
    8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
    9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
    10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?

    1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
    Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

    2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
    Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

    3. Berapa harga satu canister ESP?
    Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
    (Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

    4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
     
    Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

    5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
    Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
    Sesuai untuk semua lapisan:
    1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
    2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
    3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
    4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
    5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
    DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

    6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
    ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

    7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
    Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

    8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
    Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

    9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
    • Membantu pembentukan sel-sel baru.
    • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
    • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
    • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
    • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
    TAHUKAH ANDA?
    25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
    Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
    Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
    SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
    Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
    Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
    Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
    TETAPI,
    Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

    10. Bagaimana nak order ESP?
    Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera 

    kredit celikvitamin.com

    Energizing Soy Protein (ESP)



    Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
    Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
    Shaklee ESP:
    •    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
    •    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
    •    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
    •    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity reservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dariproses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

    Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
    Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
    Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
    Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
    Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
    Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
    Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
    Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




    Shaklee Breastfeeding Set Mengikut Budget Anda

    Anda juga boleh memilih set-set penyusuan mengikut budget anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut ya



    Shaklee Breastfeeding Set





    Shaklee breastfeeding set adalah set yang boleh dikategorikan sebagai ‘HOT SELLING’ atau ‘KILLER PRODUCT’ dalam carta HOT SELLING dan ianya masih lagi di tangga pertama carta pilihan pelanggan. Saya sangat suka berkongsi tentang kebaikan set ini kerana berdasarkan pengalaman peribadi sendiri yang merasakan manfaatnya, Alhamdulillah. Set inilah juga yang mula-mula dicuba semasa berjinak-jinak dengan produk Shaklee ini.

    Kenapa Shaklee Breastfeeding Set lebih baik jika dibandingkan dengan ‘milk booster’ biasa di pasaran?

    Shaklee Breastfeeding Set ini diatur bukan hanya bertujuan untuk menambahkan susu badan. Banyak manfaat lain yang boleh diperolehi selain daripada itu. Kebanyakan para ibu akan berasa sangat tercabar dan teruja untuk menambah susu badan selepas mengambil set ini apabila melihat ibu menyusu lain memuatnaik gambar stok EBM yang tersusun bertingkat-tingkat dalam peti ais di Facebook!

    stok-susu-celikvitamin

    Justeru, ada ibu yang kecewa apabila selepas mengambil set Breastfeeding Shaklee tapi masih lagi tak dapat memenuhkan peti ais dengan berpuluh-puluh auns stok EBM.

    Oleh sebab itu, para ibu menyusu yang mengambil Shaklee Breasfeeding Set dinasihatkan agar mengikut saranan prinsip asas untuk meningkat pengeluaran susu iaitu mengepam dengan kerap iaitu pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali payudara anda. Ini sangat penting untuk merangsang pengeluaran susu.

    Selain itu, oleh sebab terlalu fokus melihat kuantiti susu, para ibu-ibu ini juga terlalai untuk memfokuskan terhadap perkara lain dialami, sebagai contoh:
    • Masa menyusu lebih singkat berbanding sebelumnya (susu lebih pekat dan bertambah, anak cepat kenyang).
    • Susu ibu kini kelihatan lebih pekat dari sebelumnya.
    • Para ibu kini lebih bertenaga dan cergas serta tidak lagi lesu.
    • Para ibu juga kini lebih nyenyak untuk tidur pada malam hari.
    Pengeluaran jumlah susu tetap bergantung kepada sejauh mana para ibu melakukan stimulasi atau rangsangan yang terhadap payudara, tidak kira walau apa jua jenis makanan atau supplement yang diambil, namun prinsip asas ini wajar dipatuhi. Para ibu perlu mendisiplinkan diri dan menjadikan rutin untuk terus konsisten mengepam dan menambah sesi mengepam. Mengepam susu dengan lebih kerap akan lebih menggalakkan penghasilan susu, sekaligus membolehkan ibu menyimpan stok.

    Akhir sekali, kepada anda yang berminat, anda boleh mendapatkan full set breastfeeding Shaklee daripada saya. Anda juga sehebat ibu-ibu menyusu anak yang lain! Lakukan yang terbaik untuk anak anda!

    Hubungi saya jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee Breastfeeding Set di bawah:
    Set 3 M : Set Premium dengan Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix, Alfalfa, ESP

    Set paling popular di kalangan ibu-ibu yang menyusu secara eksklusif. 


    Set Budget Ibu Menyusu : ESP dan Alfalfa


    Ibu Menyusu dan Suplemen

    Pernah ada yang mempersoalkan benarkah ibu menyusu perlu ambil supplement sebagai ‘milk booster’ untuk menambah pengeluaran susu. Ada yang mendakwa supplement ini tidak membantu dalam penyusuan. Malah, ambil dan tidak ambil pun tiada sebarang kesan terhadap terhadap pengeluaran susu ibu yang menyusu anak. Akhir sekali, menurut mereka, walaupun ibu kekurangan nutrisi tapi ianya tak menjejaskan kemampuan si ibu untuk menghasilkan susu yang cukup berzat untuk si manja tersayang. 

    Ya, saya juga salah seorang daripada mereka yang berpendapat begitu. Maklumlah saya juga fully BF anak kedua saya tanpa mengambil sebarang vitamin. Saya juga pernah tandem nursing anak pertama dan kedua tanpa sebarang makanan tambahan atau suplemen. Ternyata saya silap. Saya masih perlukan milkbooster tanpa saya sedari. Cuma saya  mengamalkan makanan seperti sayuran, susu dan kurma sebagai milkbooster. Masa tu pendedahan saya kepada vitamin memang kurang. Akibatnya, frequent visit to the dentist. At least 3 batang gigi saya perlukan root canal treatment. Gigi pecah akibat kurang kalsium. Hari ini saya tak mahu lagi mengulangi keegoan yang sama. Tidak mengambil sebarang suplemen bukan sahaja untuk milkbooster tetapi untuk kesihatan dan ketahanan tubuh badan saya juga.



    Kehebatan susu ibu memang tidak dapat dinafikan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Menurut kajian oleh Unicef, penyusuan susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malah lebih dari itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.

    Justeru, mengapa ibu menyusu perlu supplement untuk menyusu anak?

    Penting untuk ibu menyusu memahami bahawasanya adalah tidak tepat atau salah sekiranya mereka mengamalkan prinsip seperti berikut:
    “Aku sebagai ibu harus melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu badan, walaupun terpaksa mengambil bahan yang mengandungi “dadah” atau memberi kesan sampingan.”
    Ini bukanlah seperti apa yang disarankan oleh pakar-pakar penyusuan sedunia. Adalah penting untuk mengetahui apa yang diambil kerana jika tersalah ianya bukan sahaja akan memberi impak fizikal kepada ibu seperti sakit kepala, migrain dan sebagainya bahkan ibu juga akan mengalami gangguan dari segi emosi.

    Konsep tidak ambil peduli terhadap kesihatan diri sendiri asalkan anak mendapat susu yang terbaik adalah konsep yang SALAH. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini dan terlalu banyak salah tanggapan bahawa yang penting atau pun fokus adalah kepada menyusukan anak dan anak perlu mendapat susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan dan kebajikan diri si ibu.

    Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja semata-mata menyusukan anak dan sumber pemakanan utama semasa masih bayi. Tetapi, si ibu jugalah tempat si anak bergantung harap dan bermanja dengan kasih-sayang. Malahan, skop peranan seorang ibu adalah cukup luas. Peranan ibu sebagai seorang suri rumah tangga, isteri, anak, pekerja dan sebagainya menunjukkan betapa pentingnya si ibu mengutamakan kesihatan dan penjagaan diri dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk keluarga. Oleh itu, tidak benarlah sekiranya si ibu hanya fokus kepada penyusuan susu ibu tetapi mengabaikan tugas yang lain.

    Para ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan kekal cergas. Sihat dari ertikata sihat fizikal dan mental. Malah, ibu moden juga perlu sentiasa anggun, cantik dan kekal cergas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Justeru, di sinilah perlu difahami, mengapa ibu memerlukan sokongan dalaman dan luaran. Dalam konteks seperti seorang suami yang memahami, persekitaran yang positif, suasana rumah dan tempat kerja yang kondusif dan sudah tentu yang paling penting adalah pemakanan yang sihat disertakan dengan amalan kerohanian yang mantap.



    Rentetan daripada perkara inilah yang menyebabkan timbulnya idea mengapa para ibu memerlukan set breastfeeding Shaklee. Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

    Buat ibu-ibu yang mempunyai bajet yang lebih, boleh disertakan dengan pengambilan kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium iaitu dengan set E. Seterusnya, Energizing Soy Protein atau ESP juga berperanan dan perlu dalam penyusuan susu ibu. Protein ialah elemen penting dalam susu ibu dan dipengaruhi oleh pengambilan protein oleh ibu.

    Seperti yang telah dijelaskan, sekali lagi diingatkan bahawa ibu yang mengambil “milk booster” semata-mata perlu memastikan diet harian cukup untuk membekalkan nutrien diperlukan badan. Pengambilan Shaklee Breastfeeding Set, sekurang-kurangnya dapat membantu menjadikan si ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, ia juga membantu ibu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti memiliki kulit cantik berseri dan gigi yang kuat. Akhirnya, dengan nutrien lengkap dan persekitaran positif, emosi para ibu akan sentiasa positif dan tidak terganggu.

    Namun begitu, terpulang kepada diri masing-masing. Alhamdulillah. Ramai kawan-kawan penulis dan saudara-mara yang telah mendapat manfaat dari Shaklee Breastfeeding Set ini. Ibu tetap insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Ibu yang sihat dan bertenaga akan memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Biarlah kita mengisi setiap rencah kehidupan mereka dengan sihat, cergas dan gembira!

    Kredit : celikvitamin.com