Makan Coklat Love Habibi Pagi-pagi Untuk Segarkan Badan

Selamat pagi semua..

Assalamualaikum..

Mulakan pagi anda dgn bismillah.. Walaupn hari-hari sebelumnya kak yong buka jualan online jamu susuk dara tetapi inbox kak yong sentiasa dibuka untuk sebarang pertanyaan tentang JSD . Jom pagi ni kite ber JSD.

2 biji utk cik abang kite terus berstamina semasa berada di tempat kerja. Panas kan sekarang ni.. Dan 2 biji lagi untuk kak yong sentiasa bersemangat melakukan tugas seorang isteri dan ibu. Rasanya memang sedap dan harum baunya.. Senang sahaja cara makan COKLAT LOVE HABIBI ni cuma gentelkan sebesar hujung jari kelingking sebanyak 2 biji. Kemudian kunyah dan telan bersama air suam. Mudahkan?

Kalau ikut tips mem Hanni Borhan, pengasas JSD, makan coklat love habibi dengn susu suam untuk stamina dan tenaga sepanjng hari

Kak yong pun suka makan coklat love habibi ni dengan kopi. Rasa sedap je badan tu

Fungsi lain COKLAT LOVE HABIBI ni:
~memberi tenaga
~Menstabilkan haid yg TIDAK TERATUR
~Melawaskan pembuangan
~Sesuai utk lelaki dan perempuan.

Nak order rangkaian produk Jamu Susuk Dara boleh

WHATSAPP +60192887041

DOA ELAK DARI DIROGOL, CABUL, PENDERAAN SEKS DAN DIBUNUH

Assalamualaikum

Pagi yang jerebusss.. Pagi ni saya buka fb terus ternampak doa yang dikongsi oleh Ustaz Zaharuddin. Yang saya rasa doa ni sangat-sangat bermanfaat untuk kaum Hawa amalkan. Kaum Adam juga boleh amalkan. Ye lah. Situasi ni pada zaman sekarang semua diorang main sondol je. Ooopps...

Teks ni saya copy paste dan tidak buat sebarang perubahan pada makna dan maksud yang ingin Ustaz sampaikan supaya pembaca tidak keliru

DOA ELAK DARI TERPERANGKAP DARI SITUASI ROGOL, CABUL

Semoga bermanfaat

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻳﻘﻮﻝ ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟﺬﻱ ﻟَﺎ ﻳَﻀُﺮُّ ﻣﻊ ﺍﺳْﻤِﻪِ ﺷَﻲْﺀٌ ﻓﻲ ﺍﻷﺭﺽ ﻭﻻ ﻓﻲ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻭﻫﻮ ﺍﻟﺴَّﻤِﻴﻊُ ﺍﻟْﻌَﻠِﻴﻢُ ﺛَﻠَﺎﺙَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﻟﻢ ﺗُﺼِﺒْﻪُ ﻓَﺠْﺄَﺓُ ﺑَﻠَﺎﺀٍ ﺣﺘﻰ ﻳُﺼْﺒِﺢَ ﻭَﻣَﻦْ ﻗَﺎﻟَﻬَﺎ ﺣﻴﻦ ﻳُﺼْﺒِﺢُ ﺛَﻠَﺎﺙُ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﻟﻢ ﺗُﺼِﺒْﻪُ ﻓَﺠْﺄَﺓُ ﺑَﻠَﺎﺀٍ ﺣﺘﻰ ﻳُﻤْﺴِﻲ
َ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

ﺍﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺍِﻥْ ﻛُﻨْﺖَ ﺗَﻌْﻠَﻢُ ﺍﻧﻲ ﺁﻣَﻨْﺖُ ﺑِﻚَ ﻭَﺑِﺮَﺳُﻮﻟِﻚَ ﻭَﺃَﺣْﺼَﻨْﺖُ ﻓﺮﺟﻲ ﺇِﻻَّ ﻋﻠﻰ ﺯﻭﺟﻲ ﻓَﻼَ ﺗُﺴَﻠِّﻂْ ﻋَﻠَﻰَّ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮ
َ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

MUNAJAT RAMADHAN

Ramadhan dah tiba ke penhujungnya. in Shaa Allah kita akan menyambut hari kemenangan esok hari. Dalam gembira menyambut tibanya Syawal jangan lupa mereka yg serba kekurangan tu. Yang pulang ke desa, apa kata jalan-jalan lah ke hujung kampung melihat atau bantu mereka yang serba kekurangan tu. Mungkin kehadiran anda sikit sebanyak dapat memberi sinar kegembiraan pada mereka


MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kepadMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan utknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2-anak yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadukankanlah puasa kami sebagai puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin, Aamiim, Aamiin, Ya Robb...

Badan Langsing Dengan Shaklee

In Shaa Allah mulai hari ini saya akan berkongsi beberapa testimoni yang menarik para pengguna Shaklee. Ye lah. Musim perayaan ni siapa yang tak nak langsing kan

KISAH BENAR
---------------------------
"Dont make SHAKLEE a secret..share it..its a GIFT you giving people...
InshaaAllah...

Gambar BEFORE tu,saya ingat sangat2 sebab one of my best friend cakap saya nampak lebih tua dari usia..Saya berusaha untuk mencari solution, sebab badan rasa tak sihat dan tak selesa..penampilan tak menarik dan ceria.

Alhamdulillah dengan ‪#‎SHAKLEE‬ saya dapat solution..saya sihat dalaman, automatik penampilan luaran saya makin terserlah..nampak sihat dan ceria..

Nak tahu rahsia saya???

1.ENERGIZING SOY POWDER

ESP membantu menyihatkan hormon dan membantu segala vitamin yang saya makan terserap dengan cepat. ESP membantu saya kenyang lebih lama dan membekalkan tenaga tambahan. ESP membantu menghilangkan parut jerawat, kulit jadi bersih gebu.

2. ALFALFA COMPLEX

Alfalfa adalah detox terbaik!!! Membantu sistem pelawasan saya, allergic saya terus ok, batuk selsema berpanjangan tiada lagi, bila segala rutin sakit saya hilang..say good bye to jerawat ;))

Dengan SHAKLEE
~ Saya turun berat badan..INCHLOSS tu paling penting
~ Muka makin bersih
~ Penampilan semakin segar dan menarik..hewhewhew

Saya KONSISTEN, saya lebih sihat, ceria dan selesa dengan badan saya now!!! Saya nak terus bantu sesiapa sahaja untuk terus sihat..bonus makin cantik tauuu.

Jom Jatuh Cinta dengan shaklee..

SHAKLEE ALWAYS SAFE
SHAKLEE ALWAYS WORKS
SHAKLEE ALWAYS GREEN

KONSULTASI PERCUMA

May Herda

910734

Whatsapp 0192887041

Cara Memukul Anak Menurut Islam

Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi..


Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.

Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.

Kenapa perlu pukul anak

Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.

2. Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.

3. Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa..

Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.

Cara memukul anak menurut islam

1. Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.

2. Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.

3. Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4. Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.

5. Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

6. Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.

Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta. Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.

Anak syurga idaman semua. Adakah harus kita layan anak syurga kita dengan kekerasan?


SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

910734

MAY HERDA

0192887041