Penjagaan Selepas Bersalin


Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

Kebersihan Diri

  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering

Pemakanan

  • Makan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan
  • Minum 6 - 8 gelas air
  • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

Penyusuan Susu Ibu

  • Bersihkan payudara setiap hari
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa
  • Susukan bayi dengan kerap

Rehat Dan Senaman

  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
  • Rehat yang secukupnya

Amalan Bahaya Dan Pantang Larang

  • Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sekak dan salai

Tanda-Tanda Bahaya

  • Demam Panas
  • Pendarahan berlebihan dan berlarutan
  • Anemia
  • Pening / Sakit Kepala
  • Sakit kaki atau bengkak
  • Sakit betis
  • Sesak nafas dan sakit dada
  • Meroyan
  • Sukar buang air kecil
  • Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan
* dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas.


Perancangan Keluarga

  • Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan.

Rawatan Lanjut

  • Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hospital yang berhampiran.

Bayi:

  • Tentang Imunisasi :
Keperluan imunisasi bayi adalah mengikut jadual di dalam kad anak anda
  • Penjagaan Tali Pusat:
Cuci tali pusat bayi dengan cara yang betul
Kenalpasti tanda-tanda infeksi seperti kemerahan, bernanah dan berbau
Dapatkan rawatan segera di klinik-kinik kerajaan yang berdekatan

  • Keputusan G6PD:
Pastikan keputusan G6PD anak anda diketahui sebelum anda daftar keluar dari
hospital


* Sila maklumkan ke Klinik Kesihatan sebaik sahaja selepas bersalin.


Dapatkan Rawatan Segera Jika:

Ibu

  • Pendarahan yang berlebihan atau luar biasa
  • Demam
  • Lokia (Darah Nifas) berbau busuk
Bayi
  • Demam
  • Cirit Birit
  • Terdapat bau yang luar biasa atau pusat kelihatan berkilat dan bengkak
Tanda-Tanda Penyakit Kuning
  • Kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning
  • Bayi sentiasa mengantuk
  • Bayi kurang menyusu


Tingkatkan Penghasilan Susu


Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh berpantang.

Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payudara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payudara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.


Kerapkan Menyusu

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.


Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


Penyusuan Dua Kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susu dia semula. Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


Bogelkan Bayi

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukkan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.


Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi 
www.breastfeeding.com


Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


Info

Susukan bayi sekerap mungkin iaitu 10 -12 kali dalam temph 24 jam.

Mula perah dari hari ke 4 selepas kelahiran. Namun, hal ini bergantung kepada penghasilan susu matang.

Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.

Tidak sesekali memberi bayi, susu perahan menggunakan botol. Sebaliknya hanya susukan terus daripada payudara.

Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan.

Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini

Pastikan bayi disusukan sejam pertama selepas kelahiran. Saat ini amat penting untuk memastikan penghasilan susu seterusnya.

Pengambilan suplemen dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya moringay (daun kelo).

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.

Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.

Sumber Makanan Berkhasiat Yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu


Nutrien:

Kalsium

Sumber makanan: Susu dan hasil tenusu, ikan yang tulangnya boleh dimakan (seperti sardin dalam tin, ikan bilis), kacang dan hasil kekacang termasuk dhal, tauhu dan tempe, sayuran seperti bayam, selada air, daun mustard, cekur manis, daun ubi, kailan dan brokoli, produk diperkaya dengan kalsium seperti susu berkalsium tinggi, yogurt, bijiran sarapan pagi, biskut dan nasi


Zat Besi

Sumber makanan: Kerang, ikan bilis (keseluruhan), hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu kering, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung


Iodin

Sumber Makanan: Makanan Laut seperti kerang, kupang, ikan air laut, rumpai laut, daging, susu dan hasil susu bijirin, kekacang yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan


Zink

Sumber Makanan: daging, ikan, kerang, kekacang, biji benih, bijirin-bijirin penuh (terutama bran)


Folat

Sumber Makanan: Sayuran berdaun hijau,kacang bendi, asparagus, kekacang, hasil bijirin, yang diperkaya dan hati


Vitamin A

Sumber Makanan: Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna kuning dan merah (mangga, betik), sayuran berwarna kuning dan merah (lobak, labu), dan sayuran berdaun hijau


Vitamin B1

Sumber Makanan: Ragi, kekacang, produk yang diperkaya seperti roti, bijirin dan biskut


Vitamin B2

Sumber Makanan: Kekacang (kacang kuda, soya,kacang merah dan kacang hitam), daging, telur ayam dan ekstrak daging


Vitamin B3

Sumber Makanan: Daging, hati, ikan bilis,kacang dan kacang-kacang lain, bijian penuh dan tepung gandum mil penuh


Vitamin E

Sumber Makanan: Minyak sayur, biji benih, kacang dan bijirin bijian


Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.


Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan

Masalah berat badan amat sensitif dalam kalangan wanita. Ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini. Sudah menjadi lumrah, sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. 

Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Namun begitu, menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. 

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. 

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan ntuk  mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan aktiviti fizikal. Pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif. 

Ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.


Petua Ketika Berpantang

Menghilangkan Rasa Pening Kepala



Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, selain dari rasa letih dan lesu mereka juga rasa kepala mereka pening dan berat. Jika berambut panjang bolehlah anda mendandan rambut anda dengan rapi dan mengikat kuat rambut anda itu dengan getah pengikat rambut, biarkan rambut anda tegang.



Dandanan ini akan menegangkan muka anda selain dari itu boleh menghindarkan dari sakit kepala dan terkena penyakit angin meroyan (penyakit jiwa bagi ibu-ibu yang baru bersalin). Oleh itu ikatlah rambut anda selama dalam pantang 44 hari bagi orang-orang Melayu.



Selain itu, anda juga boleh mencuba petua ini, ambil tiga biji limau kasturi, atau limau nipis, belah dua, airnya jaramkan pada kulit kepala anda, biarkan air limau itu kering di kulit kepala anda. Setelah itu barulah anda mencucinya dengan air sejuk. Lakukan cara ini sebelum mandi pagi.





Menghilangkan Gatal-Gatal Pada Vagina Selepas Melahirkan Anak



Selain daripada kebersihan badan, ibu patut juga tahu menjaga kebersihan vagina supaya cepat sembuh dan jangan dijangkiti kuman.



Caranya, ambil 7 helai daun sirih, bersihkan daun tersebut dan rebus dengan 2 gelas air. Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa, rebus bahan-bahan itu sehingga mendidih. Gunakan untuk membasuh vagina bilarebusan itutelah sejuk. Lakukan setiap hari sehingga luka-luka pada vagina sembuh.





Menghilangkan Sakit Buah Dada Ketika Dalam Pantang



Adakalanya ibu yang baru melahirkan akan mendapat demam kerana buah dadanya mengeras. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencari sarang tebuan tanah, campurkan dengan asam jawa dan basahkan dengan sedikit air. Setelah itu sapukan pada buah dada yang sedang mengeras,sapukan beberapa kali hingga buah dada anda tidak sakit lagi.





Rasa Lemah Badan Selepas Bersalin



Bagi ibu yang berasa lemah badan selepas bersalin dan rasa lemah itu terlalu sukar untuk dipulihkan, anda hendaklah makan sup daging bercampur sedikit halia setiap hari, tambahkan sedikit lada hitam di dalam sup tersebut.



Sup ini hendaklah dimakan setiap pagi sebagai menggantikan sarapan pagi. Amalkan makan sup ini selama sebulan. Selain dari itu, tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu anda. Anda akan bertambah sihat setelah mengamalkan diet itu.





Mengatasi Peranakan Turun Dan Salah Tempat



Pekerjaan yang terlalu banyak dan berat, mengangkat barang-barang yang berat akan menyebabkan peranakan anda menjadi lemah dan mudah turun.



Untuk mengatasi masalah ini hendaklah anda mengikat perut bahagian bawah dengan kuat dengan tali pinggang dari kain, tujuannya biar perut anda tidak mudah bergoyang. Selain dari itu amalkanlah berendam dalam air mandian yang panas-panas suam setiap hari selama setengah jam, lakukan rawatan ini sehingga kesihatan anda pulih.



Selain itu, ibu-ibu yang mempunyai peranakan yang lemah akan mengalami peranakan yang salah tempat, setelah mereka melahirkan anak. Tanda-tandanya anda mungkin berasa tidak selesa dan sering buang air kecil. Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah melakukan senaman ringan.



Caranya, dengan berurut, atau berbaring dengan menaikkan kedua kaki anda condong ke dinding. Lakukan cara ini setiap pagi dan petang. Sehingga anda berasa sembuh.





Mengatasi Sakit Angin Semasa Dalam Pantang



Petua mengatasinya dengan minum air halia yang direbus dengan sedikit gula. Ambil sepotong halia sebesar ibu jari, tumbuk halia tersebut hingga halus, rebus dengan dua gelas air hingga mendidih, sejukkan dan minum dua kali sehari pagi dan petang. Amalkan selama dua hari hasilnya tentu memuaskan.





Badan Terasa Seram Sejuk Semasa Dalam Pantang



Semasa dalam pantang anda mungkin mengalami rasa seram sejuk secara tiba-tiba kepala pening. Ini dikatakan bentan, untuk mengatasinya anda hendaklah berehat secepat mungkin,minum segelas kopi panas atau air panas bercampur gula sebanyak satu gelas, sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah. Selimutlah dengan selimut tebalsehingga anda berpeluh.



Semasa dalam pantang elakkan memakan makanan yang berbisa seperti rebung, nenas,buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat, manggis dan sebagainya.



Bentan yang teruk boleh menyebabkan rabun mata dan lemah badan. Oleh itu, ibu-ibu semasa dalam pantang hendaklah menjaga pemakanan dengan betul dan rehat dengan cukup untuk menghindarkan bentan.



Kelebihan dan Khasiat Halia (Zanjabil)

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.




Halia juga meningkatkan pengeluaran sperma, menambah daya ingatan, dan membuang bau badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.

Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia. 
Juga halia mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
 
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.



Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan.



Minyak Ikan : Omega Guard Promosi Bulan Disember 2013

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, ikan bilis) die perairan air Jepun. Omega Guard Shaklee bukan dari hati minyak ikan. Ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asidlemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega 3 dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melaui proses penyulingan proprieti tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl- merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik)

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui rahsua penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland Denmark yang bekerja sebagao nelayan tidak mnghaidapi penyakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakalo orang Eskimo yang menetap di Utara Amerika yang bekerja sebagai pemburu dan makanan untama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, banyak menghidapi masalah kesihatan yang berkaitan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan laut sejuk menunjukkan ikan dari laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan. 


Perbezaan Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee berbanding Jenama yang lain

Perbezaan Kandungan DHA dan EPA dalam Omega Guard Shaklee berbanding Jenama yang lain

Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita. EPA berfungsi dalam mengawal kadar kolestrol yang berlebihan, baik untuk pesakit jantung , menghindar tekanan perasaan dan mencegah penyakit darah tinggi. DHA pula mampu mencegah asma, meningkatkan daya seksual, mencegah sakit kulit, mengelakkan kanser payu dara, kanser prostat, menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan serta mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut sekurang-kurangnya sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega 3, kerana ia membantu risiko penyakit jantung sebanyak 44%. 

Kelebihan dan Manfaat Omega Guard Shaklee: 

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema dan psoriasis.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE   (lupus erythematosus)
19. Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
25.  Membantu dalam perkembangan kesihatan otak dan mental seperti murung, tekanan dan kebimbangan. neurasthenia, insomnia.
26. Membantu kanak-kanak autism, hiperaktif dan penyakit schizophrenia.   


Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan atau konsultasi percuma dan eksklusif sila hubungi saya di: 


Sambungan Kisah NYSS 5 Tahun Lalu

Pada mereka yang dah pernah baca kisah saya dan adik saya di NYSS 5 tahun lalu di sini

http://eddida.blogspot.com/2008/06/what-lies-beneath-nak-story-sket_15.html

Rupa-rupanya cerita tersebut masih mendapat sambutan sehingga kini!

Terbaru saya mendapat email dari mereka meminta saya menghubungi mereka untuk menyelesaikan complaint mengenai layanan staff NYSS kepada saya dan adik saya 5 tahun lalu!

Ini kisah 5 tahun lalu!

Baru tahun ni jumpa blog saya. Besar juga impak blog eddida mengenai cerita penipuan NYSS ni. 


Pada pendapat anda patut atau tak saya respon pada email ini? 

Untuk pengetahuan anda, 

Saya tak pernah buat official complaint pada mana-mana pihak.
Saya tak dapat apa-apa keuntungan pun dengan post saya itu.
Saya hanya menceritakan pengalaman saya di blog eddida ni saja
Pengalaman saya dengan staff NYSS membuatkan saya fobia untuk berurusan dengan mereka lagi.
Seriously, macam samseng mereka ni dulu.
Kemungkinan mereka meminta saya menutup atau membuang post saya mengenai NYSS adalah tinggi. Email mereka ini juga diforward kepada bahagian Legal mereka.

Ermm...



Berpantang Selama 44 Hari

Disebabkan Mama Edazz baru sahaja selesai berpantang anak ke 4 minggu lepas, Mama nak cerita sikit mengenai berpantang 44 hari ni


Berpantang selama 44 hari memang menjadi amalan yang amat popular dalam kalangan masyarakat orang Melayu sejak zaman berzaman. Mengikut panduan perubatan moden, tempoh berpantang bersalin atau puerperium adalah dalam lingkungan 42 hari atau enam minggu. Tempoh ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental. Pada ketika ini juga rahim mulai menguncup, mencerut dan mengecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involusi.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, pantang bersalin dimestikan genap 44 hari kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ kewanitaan "balik seperti sediakala". Selepas 42 hari, rahim telah mengecut dan pulang ke "sarang" iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvis atau di sudut ari-ari di atas tundun, tetapi mulut rahim atau pintu servik masih mentah, bengkak dan tersembul.

Disamping itu, urat peranak di bahagian faraj masih sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angin merian masih berlegar-legar di salur darah di dalam rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angin merian berputar di seluruh sendi anggota. Kesan sampingannya akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan. Untuk mendapatkan kemantapan dan keselesaan fungsi organ kewanitaan, petua Melayu mengesyorkan sanggama hanya dimulakan secara aktif dan agresif selepas lapan minggu.

Setelah genap 44 hari, di rumahnya, rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal. Dengan atur cara rawatan dalam pantang yang cermat di sepanjang tempoh itu, kesihatan ujud anggota terpelihara serta dipertingkatkan. Pada hari ke 45, kewanitaan ibu bersalin pulang pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara.


Set Keguguran Shaklee Bagus Untuk Merawat Ibu Hamil Yang Keguguran

Bagaimana Terjadinya Keguguran (Abortion)


Sebelum Kak Engku menerangkan Set Keguguran Shaklee, Apakata ketahui terlebih dahulu apa itu keguguran. Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.


Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.

Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.

Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.

Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.

Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.


Tanda-Tanda Keguguran

Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.

Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.

Pendarahan semasa mengandung.

Perut mengecil secara tiba-tiba.

Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.


Rawatan

Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.

Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.

Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Set Keguguran Shaklee.

Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.

Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.

Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.

Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.

Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.


Tip


Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.


"Set Keguguran Shaklee"

Kandungan Set Keguguran Shaklee adalah seperti berikut:


Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.

VitaLea (Multivitamin)

Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

Vitamin C

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

Zink

Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.

ESP – Susu Soya Protein

ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. 


Kesimpulannya Set Keguguran Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Set Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya. 


Berminat!! untuk mendapatkan Set Keguguran Shaklee sudi-sudikan WhatsApp 










Kredit : Kak Engku Bidan Bersalin