Kenapa Pilih Energizing Soy Protein Shaklee?

Assalamualaikum w.b.t

Apabila lapar hari-hari saya amalkan minum minuman protin iaitu Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Ini untuk membina kembali sel-sel dalam badan saya. Almaklum badan sudah meningkat usianya maka kita memerlukan makanan tambahan yang semulajadi untuk menambah apa yang kurang daripada makanan harian kita.

Secara amnya, para ahli gizi mempunyai standard keperluan protin normal per hari dengan menggunakan rumus:

                  Keperluan Protin (gram) = Berat Badan (kilogram) X 8


Maka kita sendiri boleh kira berapa banyak protin yang diperlukan badan. Akan tetapi banyak protin yang kita makan setiapa hari tidak dapat diserap dengan baik oleh badan kita. Salah satu sebabnya adalah kehilangan nutrien dalam makanan itu sendiri. 

Sebagai contoh seekor ikan yang digoreng sudah tidak mempunyai nilai protin kepada badan kita, ini kerana sumber protin ikan tersebut telah terhapus oleh suhu minyak yang tinggi ketika menggoreng. Jadi apa yang tinggal hanyalah minyak, kalori dan kolesterol yang ada pada ikan tersebut. Inilah yang dikatakan pengambilan dan gaya makanan yang tidak sihat. 
Sebab itulah amat disarankan setiap makanan harian kita,  lebih baik dikukus atau dibakar sahaja untuk mengekalkan nutrien makanan dan sekaligus mudah diserap oleh badan kita. Tapi memandangkan keadaan kita yang sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, agak mustahil hendak menyediakan bahan makanan berkhasiat kepada keluarga dan diri kita. 
Oleh itu saya sarankan ESP kerana ianya amat mudah disediakan dan boleh dibancuh dengan air kegemaran samada sejuk atau pun suam. Mari kita lihat apa yang menarik tentang ESP shaklee ini
.
Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Kandungan Soya di dalam ESP amat berkhasiat kerana:

1. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
2. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
3. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.
4. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
 
Perbandingan ESP dengan minuman soya yang lain.

Semasa saya menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee, pakar nutrisi ada menyatakan perbandingan dan bagaimana untuk mengetahui protin yang ada dipasaran betul-betul berkualiti.

Kita perlu lihat:
★ 1 bancuhan berapa jumlah protein yang dibekalkan?
★ 1
bancuhan berapa jumlah asid amino yang terkandung?


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik yang menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. 

Asid amino merupakan baja dan blok binaan tubuh badan kita. Kiranya asid amino ini asas untuk segalanya termasuklah pembentukan sel, hormon, saraf, organ dan juga terlibat dalam metabolisme. Berbeza pula protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP merupakan minuman yang rendah lemak dan bebas laktosa serta kolesterol.

Rasanya kita sudah tahu apa yang terbaik untuk tubuh badan kita. Saya harap, artikel ini membantu anda mencari minuman protin yang terjamin semulajadi bahan-bahannya, halal dan berkelulusan KKM. 



Untuk konsultasi/nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 










atau anda boleh
Beli Sekarang! Klik LINK untuk tempahan

ESP Soy Protein Isolate Powder

Kenapa Kita Perlu Vitamin

Assalamulaikum w.b.t

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita. Kita hanya akan sedar kehadirannya bila kita merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah dan kita akan terasa kehilangannya apabila kita sudah jatuh sakit atau didiagnosis dengan penyakit kronik.
Kenapa kita perlu mengambil vitamin dan suplemen?
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien.
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
  • Makan mengikut selera rasa dan kurang berkhasiat.
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar.
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan.



Mengikut kajian 2 daripada setiap 5 orang dewasa rakyat Malaysia adalah gemuk atau obes, 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia adalah pesakit kencimg manis dan 1 daripada 6 kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung. Angka ini bertambah dan bertambah setiap tahun, bulan, minggu, jam, minit dan saat. Adalah tidak mustahil kerana pada zaman sekarang bayi yang baru lahir juga tidak ketinggalan dari menghidapi penyakit-penyakit kronik.

Oleh itu saranan saya, amalkan gaya dan pemakanan yang sihat di samping pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi. Positifkan diri dan jangan serap segala stress sekeliling ke dalam diri kita. Sekali sekala bersenamla ikut kemampuan dan hirup udara yang segar di luar sana.

Detoksifikasi

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.

Dalam kehidupan seharian kita amat memerlukan kenderaan untuk melakukan kerja seharian dan untuk sampai ke sesuatu tempat yang dituju. Dan pastinya kenderaan kita ini memerlukan petrol untuk berfungsi dan bergerak setiap hari. Dan sesekali kenderaan kita ini perlu diservis dan ditukar minyak hitam, brek pad dan lain-lain. Servis kereta ini perlu dilakukan untuk mengelakkam kenderaan kita daripada rosak teruk di kemudian hari.

Begitu jugala kisahnya dengan badan kita. Sesungguhnya Allah yang Maha Bijaksana mencipta manusia dengan sistem detoks dan pembuangan yang bijak. Segala toksin dan bahan yang tidak diperlukan akan dibuang terus dari terpendam dalam organ tubuh badan manusia. Akan tetapi, disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang kurang sihat diamalkan masyarakat pada zaman kini, maka sesetengah toksin tidak dapat dibuang sepenuhnya.

Apa itu Detoksifikasi?
 
Proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Proses ini sangat positif kerana membantu tubuh melakukan proses pembersihan diri secara alami. Akan muncul tanda-tanda tertentu sebagai akibat pembersihan racun dan toksin dalam jumlah besar. 
Apakah Detoksifikasi ada pada setiap orang?
 
Tidak semua orang mengalami tanda dari detoksifikasi. Badan manusia melakukan detok pada bila-bila masa sahaja tetapi kebanyakan waktu detok adalah ketika waktu malam iaitu ketika tidur. Jadi kepada anda yang suka berjaga malam, anda sebenarnya telah mengganggu proses detok terutamanya detok oleh hati. Maka pengambilan supplemen adalah sangat penting.

Setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza, maka tanda yang muncul dalam proses detoksifikasi setiap orang juga berbeza. Perbezaan ini sangat tergantung pada kepekatan racun  atau toksin dalam tubuh dan kepekaan tubuh pada perubahan.
Tanda-tanda Detoksifikasi:
  1. Sakit kepala (bagi mereka yang sering minum kopi, teh mahupun rokok).
  2. Mual, kembung, sembelit atau sering buang air besar dan cirit birit. 
  3. Demam ringan.
  4. Ngilu dan sengal pada otot dan sendi. 
  5. Gangguan pada kulit gatal dan ruam merah. 
  6. Gangguan emosi (cemas dan gelisah). Gejala ini disebabkan menurunnya gula dalam darah -sifatnya hanya sementara. 
  7. kesejukan. Suhu tubuh akan menurun kerana tenaga yang digunakan untuk menghangatkan badan digunakan untuk proses detoksifikasi. 
  8. Perubahan warna air kencing menjadi lebih pekat. Menandakan tubuh mula mengeluarkan toksin.
  Bagaimana menghilangkan tanda-tanda detoksifikasi ?
Minum air masak yang banyak, 3 liter setiap hari selama detoksifikasi selama proses detoksifikasi berlangsung. Minum air masak mampu menghalang selera makan, melancarkan fungsi ginjal, mengurangkan sembelit. Air juga merupakan pemangkin proses metabolisma lemak menjadi tenaga. Jika kurang minum air putih, berat badan tidak turun kerana metabolisma lemak terganggu.
Bila kita merasa lapar, belum tentu kekurangan makanan, kemungkinan kurang minum air putih. Minumlah, rasa lapar kita akan hilang. Ginjal bekerja membuang sampah dan racun dalam tubuh kita. Terutama selama penurunan berat badan, tubuh mempunyai lebih banyak sampah yaitu lemak sudah dibakar yang harus dibuang. Makin banyak minum air putih, kerja ginjal makin ringan dan makin cepat kita akan turun berat badan.
Kalau kita banyak minum air putih, maka akan melancarkan pencernaan dan buang air besar.
 
 Detoksifikasi perlu untuk:
  1. Mencegah penyakit
  2. Merehatkan organ tubuh
  3. Membersihkan bahagian dalam tubuh
  4. Membersihkan jerawat
  5. Memperlambat proses penuaan
  6. Meningkatkan fleksibiliti tubuh
  7. Meningkatkan fertiliti (kesuburan)
Secara ringkasnya DETOX boleh dilakukan melalui pelbagai cara iaitu :
  1. Puasa 
  2. Berpeluh 
  3. Berbekam 
  4. Penyahtinjaan- buang air besar dan kecil

Shaklee menawarkan beberapa produk yang membantu proses detox berjalan dengan lancar, mudah dan selamat.

ALFALFA 
 
DETOK seluruh badan. Saya suka menganggap Alfalfa ini sebagai lori sampah yang akan mengutip segala toksin dari setiap ceruk dalam badan. Alfalfa mampu menurunkan paras keasidan dalam tubuh, menyerap segala lemak dan kolestrol serta toksin yang tidak diperlukan, membantu sistem penghadaman dan banyak lagi kelebihan yang lain.

HERBALAX 
 
DETOK usus / kolon. Ramai orang tahu usus / kolon yang kotor ialah punca kepada pelbagai penyakit. Jadi Herbalax sangat membantu membersihkan dan membuang  mendapan atau juga dikenali sebagai plak mukoid yang terdapat di dalam usus. Selain itu, Herbalax membantu mengurangkan perut buncit, membetulkan sistem penghadaman, menyelesaikan masalah sembelit dan tidak lawas.

GARLIC 
 
DETOK  darah. Dengan pemakanan kita sekarang, detox darah adalah sangat penting supaya logam berat dapat dikeluarkan kerana garlic mempunyai bahan penting yang membolehkan logam keluar. Garlic juga membantu memperbaiki sistem penghadaman kita dan juga meningkatkan system imunisasi dalam badan

DTX 
 
DETOK hati. Hati merupakan organ manusia yang paling banyak melakukan kerja detox. Segala yang masuk ke dalam badan kita akan dineutralkan oleh hati. Oleh itu, penjgaan hati adalah sangat penting. DTX membantu  mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

Ramai orang tidak sedar kepentingan untuk detok (buang toksin daripada badan) sedangkan detok ialah rutin manusia paling wajib untuk diamalkan. Bila terlalu banyak toksin dalam badan, bukan setakat jerawat kerap keluar, tapi badan pun cepat letih, masalah penghadaman, kegemukan dan kita nampak lebih tua daripada umur yang sebenar. Yang lebih menakutkan, ia mampu mengundang pelbagai penyakit kronik.

Jika kita menjaga badan kita daripada awal, Insya Allah kita sebenarnya dalam usaha untuk mengelakkan daripada mengeluarkan kos yang lebih besar bagi ‘memperbaiki’  badan kita yang telah rosak.
Jadi hargailah badan kita, lakukan sekerap yang boleh proses detox supaya badan kita dapat digunakan untuk jangkamasa yang panjang. 
~Detok yang paling mujarab adalah dengan berpuasa dan mengambil makanan berpada-pada seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w.~

Bagi anda yang berminat atau mungkin hanya ingin bertanya tentang produk Shaklee di atas, jangan segan silu, pm saya sekarang atau tinggalkan komen di bawah
 
 

Promosi Mei 2014 : MEALSHAKE

 ASSALAMUALAIKUM

Bulan Mei 2014 diserikan lagi dengan promosi Mealshakes daripada Shaklee. 
Saya masih teringat promosi melashake pada tahun lepas, sudah hujung bulan Mealshakes kehabisan stok. Maka Kena tunggu 2 minggu barulah ada. Dahsyat sungguh rakyat Malaysia yang gilakan mealshakes ini. 

Apa yang suka mengenai Mealshakes ini ia merupakan minuman yang betul-betul mengenyangkan sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung atau menyusu, mereka yang menghidap diabetes, mereka yang inginkan kulit yang cantik dan bercita-cita menurunkan berat badan. Dalam masa sebulan saya berjaya menurunkan berat badab sebanyak 3 kilogram dan suami saya pula kehikangan 8 kilogram.

Apabila bulan puasa menjelma, saya hanya bersahur dengan segelas Mealshakes sahaja dan alhamdulillah sehingga petang saya tidak merasa lapar. Almaklum saya bukan jenis yang suka bersahur dengan makanan yang berat. 

Dengan bersarapan atau bersahur dengan Mealshakes menghilangkan rasa teringin saya untuk makan makanan yang berlemak atau kudap-kudapan yang manis. Mealshakes mampu mengawal nafsu makan kita yang terlalu suka pada makanan berminyak dan bergoreng.

MEALSHAKES

Nutrisi Lengkap
 
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
 
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

Untuk Pembesaran
 
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

Anti-oksida
 
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
  
Pemulihan Kulit
 
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

Detox
 
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

 

Promosi Eksklusif ini berlangsung sepanjang Mei 2014
  • Beli 6 Mealshakes Percuma 1 tin ( Mealshakes berharga RM113.75 )  
  • 1 tin Mealshakes  berat 544gram untuk pengambilan selama 3 bulan bagi kanak-kanak dan 1 bulan bagi dewasa.  

 hubungi saya untuk konsultasi percuma