Kurus dan Sihat dengan Cinch Shake Mix

iapa yang tidak mahu sihat. Dapat berdiet dan kurus tanpa rasa lapar yang ekstrem. Mana-mana produk kurus yang hendak diambil perlu diteliti dahulu bahan-bahannya samada berkhasiat atau tidak. Paling penting produk tersebut memenuhi gizi seimbang kita dan tidak memudaratkan.


Cinch Shake Mix amat berbeza dengan suplemen yang lain kerana setiap kali anda minum, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet, menguruskan badan dan kekal sihat sepanjang hari.
Cinch Shake merupakan suplemen berkhasiat yang didatangkan khas dalam 3 perisa: Vanila, Coklat dan Cafe Latte



Kelebihan Cinch™ Shake Mix

  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO 
  
Antara resepi Cinch Shake yang lazat yang boleh dinikmati. Semua bahan-bahan hendaklah dikisar dengan sebati dan elakkan dibancuh dengan air panas supaya zat-zat protin tidak musnah dalam suhu yang tinggi.

Resepi 1
250 susu rendah lemak 
2 sudu Cinch Cafe Latte 
1 sudu serbuk koko/ minuman coklat
sedikit ais

Resepi 2
250 susu rendah lemak 
2 sudu Cinch Vanila
1 biji pisang (saiz kecil)
sedikit ais
Resepi 3
250 susu rendah lemak 
2 sudu Cinch Vanila
1/2 biji epal
sedikit ais

Resepi 4
250 susu rendah lemak 
2 sudu Cinch Vanila
5 biji strawberi/ rasberi
1 biji pisang (saiz kecil)
2 biji badam
1 cekak daun bayam
sedikit ais
Resepi 5
2 sudu Cinch Coklat
1 biji pisang (saiz kecil)
1 sudu mealshakes
sedikit ais
1 kanister mengandungi 1 liter Cinch Shake Shaklee, berharga RM 173 (SM) /RM 181 (SS) termasuk pos. Untuk nasihat percuma dan  harga diskaun vitamin Shaklee, sila hubungi saya di


Cergas dengan Performance Drink

Lemau lesu letih kering. Dalam keadaaan cuaca panas di sesetengah tempat, pasti ada antara kita yang terasa tidak cergas ketika berada di pejabat atau di rumah. Ada yang mula selesema, batuk, demam yang mana rata-ratanya berpunca dari kekurangan air dan cuaca yang agak panas. Tidak kurang juga yang sakit perut, muntah dan cirit birit kerana tersilap makanan yang di makan. 

Untuk pengetahuan anda dalam cuaca sebegini kita digalakkan untuk mengekalkan tahap cecair dalam badan agar tidak mudah terhidrasi. Untuk itu dalam sehari kita dimestikan untuk meminum air masak sekurangnya 3 liter sehari, bergantung kepada berat badan seseorang.

Paling mudah adalah dengan meminum minuman isotonik yang boleh mengekalkan kecergasan kita seharian. Akan tetapi minuman yang ada di pasaran merupakan minuman isotonik tidak sihat yang berlebihan gula dan berkarbonat. Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonuik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula.


Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang, sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE Kebaikan Performance Drink Shaklee, bebas karbonat & kurang gula!


Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

  1. Para ibu yang menyusukan anak
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Mereka yang seharian bekerja luar di bawah panas dan sinaran matahari.
  8. Anak-anak atau mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam atau cirit birit.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Apa yang menarik dalam Performance Drink Shaklee yang berperisa oren ini  merupakan minuman bersifat isotonik, mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah ketika kita terasa dalam kekeringan dan terhidrasi. Performance Drink mempunyai yang bebas gas dan tidak berkarbonat ini mengandungi kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga dan sentiasa berasa kurang haus.    

Shaklee Performance®
Menjana Tenaga Berkekalan!

Kesimpulannya, Performance Drink adalah salah satu produk kegemaran suami saya yang sentiasa bekerja di luar pejabat di bawah panas terik. Ia merupakan produk terjamin halal, selamat dan berkesan tanpa memudaratkan sesiapa yang mengamalkannya. Jika anda tak percaya, cubalah hari ini dan akan alami keberkesanannya. Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda agar merasai sendiri perbezaannya.

Apalah kiranya anda memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda yang aktif untuk terus kekal aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran?

 Harga Performance Drink Orange

1 canister Performance Drink Orange 539 gram berharga RM82.50 (SM) / RM87.50 (SS)


Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di~








Vitamin C Vitamin Sihat, Cantik, Luar dan Dalam

Cantik, adalah sesuatu yang sinonim dengan wanita. Walaupun orang menilai cantik itu relatif, pelbagai cara dilakukan oleh  wanita untuk tampil cantik. Mulai dari olesan krim muka, bedak, perawatan tubuh, hingga kepada pakaian, semuanya hendaklah tampil cantik. Menjaga agar tetap cantik, itu rasanya memang wajib. Sebagai makhluk Allah yang ditakdirkan untuk cantik, menjaganya agar tetap cantik tentu merupakan tindakan yang dikategorikan sebagai  bentuk rasa syukur atas nikmat cantik tersebut.

Untuk menjaga dalaman dan luaran yang cantik amat mudah dan murah sebenarnya. Di sini saya ingin memperkenalkan vitamin cantik semulajadi yang memberi pelbagai perlindungan dan juga merangsang pembentukana kolagen yang semakin berkurangan dalam badan kita.
 
Cara Vitamin C Berfungsi dan Bezanya dengan Vitamin lain yang ada di pasaran

Vitamin C pertama yang semulajadi dan natural dengan formulasi 'Sustained Release' ataupun 'Pelepasan Masa'. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam dan memastikan tubuh kita mendapat bekalan Vitamin C beterusan. Tidak perlu ambil berulang kali, hanya satu tablet sehari mampu menjaga kesihatan anda secara menyeluruh.


Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C. Bioflavinoid berfungsi mengelak salur darah dari bocor, meningkatkan fungsi vitamin C , mengelakkan Vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel dalam badan.

Simptom kekurangan Vitamin C
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar serta luka yang lambat sembuh 
  • Mudah selsema / bersin 
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) 
  • Mudah dapat ulser 
  • Mudah demam / antibodi tidak kuat 
  • Gusi berdarah 
  • Salur darah mengecil 
  • Sakit sendi 
  • Tanda lebam pada badan 
  • Kurus yang tak sihat, lemah dan kusam
 
Vitamin C Vitamin untuk Cantik
  • Memberi efek kulit yangg sekata, cerah, lembap 
  • Sesuai untuk ibu mengandung
  • Sesuai untuk merawat jerawat di wajah & badan
  • Bagi yg menghadapi masalah resdung amat sesuai diamalkan
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra- matang
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih yang berguna dalam rawatan anemia
 
Vitamin C Vitamin untuk Sihat
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi & gigi yang sihat 
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress yang sesuai juga untuk ibu mengandung.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi 
  • Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
  • Merawat jangkitan saluran kencing 
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain 
Beberapa testimoni yang menunjukkan keberkesanan Vitamin C untuk kesihatan dalaman kita. 

Berubahlah menjadi wanita yang cantik,  kerana kecantikan yang benar mampu memberikan perubahan. Pilihan ada pada diri kita masing-masing. Mari terus berusaha dan memperbaiki diri untuk tampil cantik. Jika perhiasan itu cantik, maka perhiasan yang terindah itu adalah kita. Selamat berjuang menjadi wanita cantik!

Harga Vitamin C Sustained Released 500mg

1 Botol Vitamin C Sustained Released  180 tablet berharga RM92.50 (SM) / RM97.50 (SS)

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di~


Vivix Alternatif Penawar Penyakit Kencing Manis

Umum mengetahui kerajaan telah mengurangkan subsidi gula gara-gara demi menjaga kesihatan rakyat yang terlalu mudah dan gemar mengambil gula yang tinggi dalam hidangan dan menyebabkan peningkatan penyakit diabetes. Walaupun saya kurang sependapat dengan alasan ini kerana banyak lagi sebab yang munasabah untuk mengelakkan penyakit kronik ini, namun apa yang dikatakan dan dikuatkuasakan mempunyai alasan yang kukuh. Ini kerana melalui statistik hampir 3 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap penyakit kencing manis dan angka ini akan sentiasa meningkat jika tiada sekatan bermula dari akar umbi.

Untuk pengetahuan semua, penyakit kencing manis merupakan penyakit di mana kadar gula yang berlebihan dalam darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin (dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut) yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 
Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.

Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis.  

 

Kesan dari Penyakit Kencing Manis


Namun kita tidak perlu bimbang kerana setiap penyakit ada penawarnya dengan izin Allah s.w.t. Yang penting kita sentiasa berdoa bergantung pada Allah dan berusaha mencari penawar yang terbaik dalam hidup ini. Di Shaklee, terdapat produk yang merupakan suplemen dalam mencegah dan mengubati penyakit kencing manis ini. 

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix boleh memperbaiki tenaga sel. Ini kerana semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Vivix boleh meningkatkan fungsi sel dan menambah tenaga dalam badan kita. 

Manfaat Vivix untuk Kita

Testimoni dari pengguna Vivix

Kalau anda beli 2 botol Vivix anda akan dapat : 

1) percuma pendaftaran ahli
2) 
percuma kos pos penghantaran 



Kalau anda beli 1 botol Vivix anda akan dapat :

1) percuma kos pos penghantaran

Vivix boleh juga dihadiahkan kepada orang tua kita. Apa salahnya jika kita buat sedikit pelaburan demi kesihatan mereka di hujung usia ini. Penghargaan kepada ibu bapa bukan hanya dari segi wang ringgit. Hadiahkan suplemen dan penghargaan untuk jadikan hati mereka berasa bahagia.  

Sekiranya berminat untuk mengetahui info lanjut tentang Vivix bolehlah hubungi saya. Saya sedia membantu. Konsultasi percuma diberikan kepada mereka yang nak dapatkan pertolongan dari saya di:




Beza Vitamin Shaklee dengan Vitamin Lain di Pasaran

Apabila ada pelanggan yang ingin membeli atau bertanya mengenai suplemen Shaklee, pasti salah satu soalan mereka lebih berkaitan antara perbezaan Shaklee dengan vitamin jenama lain dan kenapa vitamin ini ada yang terlalu mahal. Jawapan saya mudah sahaja. Memang Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Vitamin di farmasi atau pasaran luar adalah vitamin sintetik.

Apa pula beza vitamin semulajadi dengan sintetik ini? Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural. 


Perbezaan antara Vitamin Semulajadi dan Sintetik

Penghasilan dan Kandungan Vitamin

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.



Kandungan Omega Guard yang penuh dengan zat galian berbanding vitamin lain.





 




Keserasian dengan badan
 
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.





 Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Kebanyakan vitamin sintetik memberi kesan yang kurang bermanfaat, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

 

Harga
 
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan semulajadi yang kebanyakannya memerlukan kos bahan yang lebih tinggi. Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.


Vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoids dan kandungan tablet yang lebih banyak daripada vitamin lain, namun dengan harga yang lebih murah
Vitamin B Complex mengandungi jumlah kuantiti tablet yang lebih banyak daripada vitamin lain, namun dengan harga yang lebih murah.

Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.


Kandungan ESP yang memberi protin kepada tubuh badab dan menyebabkan kita kurang berasa lapar


Kesan jangka panjang

 
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Vitamin C yang terhasil dari sumber semulajadi mampu melawan penyakit kritikal




Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Secara fizikalnya, macam mana hendak bezakan antara vitamin semulajadi atau vitamin sintetik ? Senang sahaha, anda cuma perlu lihat ke dalam botol, vitamin sintetik dalam botol ada SILICA ACID.

Jadi apa kata anda beralih kepada vitamin semulajadi kerana sudah terbukti dapat memelihara kesihatan optimum yang berpanjangan untuk anda dan orang tersayang.

Bagi anda yang ingin lebih tahu khasiat Shaklee dengan lebih lanjut boleh hubungi saya di:



Shaklee MLM Halal Syariah

Bila dengar saja MLM terus terlintas dan amat sinonim pada kita yang  bisnes sistem piramid ini telah difatwakan haram. Tak pernah terlintas saya akan terjebak dengan MLM ini. Dan tak pernah juga saya terbayang yang satu hari nanti saya akan mulakan perniagaan online di dalam MLM ini. 

Perkara yang tak disangka inilah rahsia Allah untuk saya. Kerana sebelum ini bagi saya berniaga hanya untuk mereka yang ingin jadi kaya. Berniaga ini perlukan modal besar, perlukan segala fasiliti yang memakan nilai ringgit yang beribu. Kerana saya hanya orang yang biasa-biasa sahaja. Tak perlu berniaga kerana duit makan gaji saya, Alhamdulillah amat cukup bagi saya sekeluarga.

Hinggakan pada satu hari ada orang yang sedarkan saya. Bukan MLM yang salah dan haram tapi orang di dalam MLM yang jadikan sistem ini haram, yang jadikan sistem ini salah. Jika betul cara kita menjalankannya maka akn betullah dan pastinya akan memberi manfaat kepada orang ramai dari segi produk, servis dan keuntungan kepada penjual dan pembeli . Tapi jika salah cara atur kita menjalankan bisnes ini maka akan memberi keburukan pada diri dan masyarakat di dunia akhirat.


Pengertian MLM 
Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkat), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah). Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat atas bawah (vertikal)  mahupun kiri kanan (horizontal) ataupun gabungan antara keduanya.
(All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
  
Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati masyarakat kita. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya.

Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran. Berikut adalah syarat-syarat minima MLM dari segi Shariah yang dapat saya kaitkan dengan perniagaan Shaklee yang saya ceburi sekarang.
Produk MLM ini dibeli dengan tujuan yang sebenarnya.

Produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah

Akan tetapi, produk Shaklee merupakan produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lain dari yang lain. Justeru, kekuatan MLM Shaklee ini ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana atau modal. Harga produk Shaklee amat berpatutan setanding kualiti dan ujian klinikal yang dijalankan lebih 50 tahun.

Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh atau hutang.

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah. Di Shaklee terang-terang kami bukan menjual emas dan perak tapi produk nutrisi, vitamin dan makanan tambahan. Tambahan perniagaan kami tidak menggalakkan hutang atu kredit, semuanya jualan tunai. Pelanggan perlu membayar dahulu bayaran produk barulah barang akan di pos atau di beri kepada pelanggan.
Komisen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja. Setiap ‘upline' atau orang atas di dalam Shaklee ini menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang tidak kira online atau offline, seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.
Di dalam MLM Shaklee siapa saja boleh jadi jutawan walaupun anda hanyalah downline

Usaha perlu bagi melayakkannya menerima 'upline' komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.

Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya.

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game). Shaklee berpegang kepada konsep asas iaitu jualan produk bukan penajaan ahli semata-mata.
Tidak diwajibkan bagi ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komisen dari orang bawahannya.

Kebanyakan MLM lain mirip paksaan belian. Namun jika syarikat MLM meletakkan syarat jualan minima untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

Di Shaklee, kami tidak memaks ahli untuk menjual atau mengekalkan belian tertentu dalam sebulan malah mereka boleh sahaja menggunakan produk untuk diri dan keluarga. Shaklee juga tidak  menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Plan pemasaran Shaklee memberi hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan  hebat.
Di dalam Shaklee, corak perniagaannya adalah dengan cara menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. Shaklee mengamalkan sistem komisen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan. Malah terdapat ramai 'downline' di Shaklee yang lebih berjaya daripada 'Upline' masing-masing.

Mereka yang mendaftar dengan Shaklee akan dimasukkan  ke dalam sebuah kumpulan eksklusif Shaklee di Facebook. Dalam kumpulan ini, anda akan didedahkan dengan rahsia  bagaimana menjalankan perniagaan secara online. Anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat dan apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.

Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam Shaklee, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya .Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua org akan menarik anda ke atas. Tiada seorang pun yang akan men olak anda ke bawah.Sebab itulah saya rasakan, sungguh senang buat perniagaan Shaklee ini.

Dengan bantuan mentor yang pengalaman dan lama dalam perniagaan ini, tiada konsep tertindas. Hanya orang atas sahaja yang kaya. Dan orang bawah tak mendapat untung. Sesiapa sahaja ada peluang jadi jutawan. Tiada apa yang mustahil.

Sebarang persoalan untuk cara-cara menjadi ahli Shaklee boleh diajukan kepada saya 


Buncit & Boroi

Perut buncit atau boroi adalah salah satu masalah yang sering berlaku tidak kira kepada kaum lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin. Ramai di antara mereka tidak hiraukan langsung dengan masalah ini kerana bagi mereka ianya adalah perkara biasa yang berlaku kepada orang yang sudah berkahwin. Bukan hanya itu, ramai juga yang mengambil perkara ini sebagai satu gurauan dan berkata ia adalah tanda kebahagiaan dan kemewahan.

 

VisceralFat


Perut buncit adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit dan berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung.


Tahukah anda bagaimana perut buncit boleh berlaku? Salah satu punca utama perut buncit berlaku disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif dan cara pemakanan yang kurang sihat. Makan secara berlebihan juga salah satu sebab ianya berlaku. Lemak yang terkumpul di dalam perut dinamakan lemak viseral dan semakin buncit perut seseorang itu makan semakin tidak sihatlah keadaan dirinya.

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.  

1. Faktor Keturunan. 
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

2. Faktor Penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

3. Makanan dan minuman.
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.


“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktor yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.

Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie. 

4. Tembakau. 
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu. 


5. Stres.  
 Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6. Perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus.  
 Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.  




Bagaimana mengatasinya? Berikut adalah beberapa tip daripada Dr. Selfie:

1.   Makan lemak sihat 
Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr. Mehmet Oz, dari Colombia University.  Sebenarnya perkara yang harus dilakukan ialah berhenti makan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum murni. Makanlah lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.

2.  Turuti keinginan tubuh 
Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan tubuhnya ketika lapar, dia akan cenderung makan lebih sedikit dalam tempoh tertentu.  Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu.  Namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.



3.  Kurangkan saiz hidangan Kajian oleh seorang pembantu profesor pemakanan di University of Illinois, Chicago, Krista Varady, mendapati orang yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus, akan kehilangan berat badan sehingga 15 kg dalam 8 minggu. Makan secara terkawal  pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.

4.  Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak 
Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-up akan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum. 


5.   Banyakkan senaman kardio 
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.  Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan  lemak buruk dihentikan. 


6.  Jangan kurang / lebih tidur
Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak.  Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.

7.   Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel "Diet") 
Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong.

8.  Berdoa
Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.

9.  Gula yang sihat 

Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras 

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman  perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya.  Otot perut yang mantap akan membantu seseorang  tampil lebih sihat dan segar.  


Untuk lebih bertenaga dalam  proses menjaga kesihatan dan penyingkiran lemak yang lebih optimum, pilihlah produk yang terjamin selamat, berkesan dan halal dari Shaklee.



Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan percuma sila hubungi saya di: